Pengenalan


Holiday to New Zealand Slideshow: Universe’s trip to 10 cities including Auckland was created with TripAdvisor TripWow!


Ingin bercuti ke New Zealand tanpa melepaskan peluang mengunjungi tempat-tempat menarik di kedua-dua buah pulau (Auckland-Christchurch-Auckland) dengan sajian menu halal dari Malaysia dan kos yang munasabah?

Dapatkan segera khidmat perundingan dan nasihat dari kami di Universe Heritage, perunding percutian anda dan rakan percutian New Zealand anda!

Kenapa kami memilih New Zealand?

FAKTA NEW ZEALAND 
  • Daratan paling baru dijadikan kawasan penempatan di dalam dunia.
  • Orang Maori adalah penduduk asal.
  • Penjelajah Belanda bernama Abel Janszoon Tasman adalah orang Eropah pertama yang sampai ke New Zealand.
  • Penjelajah British bernama James Cook telah memetakan hampir keseluruhan persisir pantai New Zealand.
  • Mubaligh Kristian telah menetap di New Zealand bermula pada abad ke-19.
  • Perjanjian Waitangi adalah perjanjian kerajaan British dengan orang Maori pada tahun 1840 bagi mendapatkan kedaulatan yang menjadi asas kepada pewujudan Negara New Zealand.
  • Ibu Negara pertama New Zealand adalah Okiato, kemudian dipindah ke Auckland.
  • Ramai pendatang Eropah terutama dari Kepulauan British telah berhijrah ke New Zealand.
  • Dengan meningkatnya pendatang Eropah telah menimbulkan konflik terhadap tanah yang membawa kepada Peperangan Tanah New Zealand menyebabkan orang Maori banyak kehilangan tanah.
  • Ibu Negara telah dipindahkan sekali lagi ke Wellington pada tahun 1863 dan kekal sehingga sekarang.
  • Pada tahun 1890, New Zealand mengalihkan seluruh ekonominya secara rasmi kepada eksport daging dan hasil tenusu.
  • New Zealand adalah ahli aktif dalam Empayar British.
  • New Zealand adalah sebahagian dari ekonomi dunia; akibat dari kemelesetan ekonomi dunia membawa New Zealand menubuhkan satu Negara kebajikan dan berekonomi perlindungan.
  • Sekarang New Zealand dikenali sebagai Middle Earth kerana filem The Hobbits dan Wellington dikenali sebagai Middle of Middle Earth.

Testimoni Peserta
Saya telah mengunjungi hampir kesemua negara di dunia, New Zealand adalah negara yang paling cantik. Terima kasih kepada Universe Heritage yang cemerlang dalam menguruskan percutian saya. Mereka berjaya membawa saya menjelajah kedua-dua buah Pulau Utara dan Pulau Selatan New Zealand - Nazrin Aizat (Atlit Memanah Negara)
Memandangkan saya adalah seorang penjawat awam yang bergaji sederhana, saya sangat risau sekiranya terdapat kos yang tersembunyi setelah pembayaran dilakukan untuk ke New Zealand.  Saya tabik Universe Heritage berkaitan pengurusan tiket kapal terbang, feri, sewa motor home, petrol, camping site, tiket masuk setiap tempat  dan makanan. Bila dah bayar, semuanya all in, tiada kos tersembunyi. Saya hanya perlu keluarkan kos beli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia sahaja - Baidhil Aimie Bin Mustapha (Pegawai Kanan Kerajaan).
 Walaupun makanan yang disediakan adalah sederhana, ianya adalah halal dan mengenyangkan. Yang penting saya rasa sangat selamat sepanjang percutian saya bersama pengurusan Universe Heritage. Ejen yang mengiringi kami sentiasa bersama setiap masa - Ahmad Mustakim Bin Che Aziz (Pegawai Kanan Kerajaan).
Sebuah program Kembara Muslim yang mantap! - Ir. Haji Muhamad Khosim
Tercapai matlamat saya untuk 'family bonding' - En. Baidzawi
Terima kasih kerana menyediakan penginapan yang sangat selesa di Arthur's Pass. Saya nk datang lagi bersama UH untuk program lower south pulak. - Dr. Bukhari
Ini la baru betul-betul melancong. Program ini sesuai dengan jiwa saya - En. Razali
Saya dapati percutian ini paling murah selepas membuat perbandingan dengan pengisian program - Pn. Sharifah Maznah
Seronok memandu di New Zealand- En. Juraimi
Teruja dengan kru yang cekap dan mahir- Pn. Zaidah
Semua tempat cantik bermula dari Huka Falls - Ir. Rokiah
Mee Bandung UH... terbaik!- Nur Afiqah Adilah
No Komen. Semua best!- Pn. Khadijah