Trip 2013 - Day 2 (Wellington-Picton-Cheviot)

Pada hari kedua, perjalanan kami dari Wellington menaiki feri Interislander menuju ke Picton di Pulau Selatan. Pelayaran ini mengambil masa 3 jam dan sepanjang pelayaran, pemandangan indah Selat Cook dapat dilihat dari atas feri.



Bergambar sebelum menaiki feri InterIslander

Suasana di lounge feri
Setibanya di Pelabuhan Picton, tugasan pertama ialah membeli bekalan sayuran di pasaraya PAK'nSAVE. 
Membeli bekalan sayuran di pasaraya PAK'nSAVE
Selesai membeli-belah di PAK'nSAVE, kami meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan kami di Cheviot kira-kira 224 km dari Picton melalui Blenheim dan menyusuri pantai disepanjang perjalanan ke Kaikora. Perjalanan yang mengambil masa 3 jam ini sangat menarik kerana pemandangan cantik ladang biri-biri dan keindahan pantai Pulau Selatan, benar-benar memukau pandangan. Kami juga sempat berehat dan melihat lebih dekat kumpulan anjing laut yang sedang berehat di atas batuan pantai di Ohau Seal Point Colony. 


Menyaksikan anjing laut di Ohau Seal Point Colony
Selepas penat bergambar, perjalanan diteruskan ke Cheviot dan kami tiba di camp site Cheviot Motel & Holiday Park kira-kira sejam kemudian untuk bermalam di sini. Setibanya kami di camp site Cheviot, perkara pertama yang dilakukan ialah menuju ke pusat disposal point yang terletak berhampiran camp site. Disposal point merupakan satu kawasan yang disediakn khusus bagi membuang sisa-sisa kumbahan yang terdapat di dalam motorhome dan juga mengisi bekalan air baru untuk digunakan di dalam motorhome apabila konvoi meneruskan perjalanan esok hari. Selesai kerja-kerja pembersihan dan pangisian semula bekalan air di disposal point tadi, ahli konvoi bergerak untuk check-in di camp site Cheviot Motel & Holidays Park. 

Selesai proses check-in, petugas-petugas Universe Heritage pun memulakan tugas menyediakan makan malam untuk semua ahli konvoi. Bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia serta sayuran segar New Zealand menjadi hidangan makan malam untuk semua peserta.

Petugas Universe Heritage sibuk menyediakan makan malam
Menikmati makan malam di Cheviot