Trip 2013 - Day 4 (Milford Sound - Queenstown-Omarama-Cheviot)

Menurut kajian kajian 2008 Travelers' Choice Destinations Awards oleh TripAdvisor, Milford Sound merupakan destinasi tumpuan pelancong paling utama dari seluruh dunia bagi melihat keindahan alam semulajadinya. UNESCO juga mengiktiraf Milford Sound sebagai World Heritage. Milford Sound juga dikenali sebagai Eighth Wonder of the World kerana keindahannya yang memukau para pelancong.

Sewaktu di Milford Sound, cuaca hujan renyai-renyai dengan suhu sejuk sekitar 5 darjah celcius tidak menghalang kami untuk menyaksikan sendiri keindahan Milford Sound. 

Pemandangan di Milford Sound
 (sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Milford_Sound)
Pintu masuk ke Milford Sound cruise
Peserta konvoi yang teruja menaiki cruise Milford Sound

Air Terjun Stirlling dengan ketinggian 155m antara lokasi tumpuan cruise Milford Sound.
Selesai menaiki cruise Milford Sound, kami meneruskan perjalanan ke Queenstown melalui Te Anau. Laluan cerun bukit menuju ke Queenstown sekali lagi memukau pandangan kami dengan keindahan alam semulajadinya. 

Laluan cerun bukit menuju Te Anau
Pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Te Anau
Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 3 jam ini dipenuhi dengan pemandangan indah sepanjang perjalanan ke Queenstown. Kami singgah di Tasik Wakatipu untuk mengambil gambar kenangan. 

Tasik Wakatipu
Setibanya di bandar Queenstown, kami tidak melepaskan peluang membeli barangan cenderahati yang terdapat di bandar ini. Bagi peminat pakaian jenama Centerbury, anda juga boleh mendapatkan pilihan baju yang menarik di butik Canterbury yang terdapat di Quuenstown.

Butik Canterbury di Queenstown
Selesai membeli-belah di Queenstown, kami meneruskan perjalanan ker Greymouth. Namun perjalanan kami tersekat akibat kejadian tanah runtuh berhampiran Lake Hawea dan laluan ke Greymouth telah ditutup kepada semua kenderaan. Kami terpaksa menukar laluan untuk kembali ke Cheviot melalui Omarama untuk menuju ke Pulau Utara. Perjalanan ini mengambil masa 8 jam untuk tiba di Cheviot, sebelum kami meneruskan perjalanan ke Picton untuk menaiki feri ke Pulau Utara.