Trip 2013 - Day 6 (Cheviot-Picton-Wairakie)

Perjalanan kira-kira 775km dari Lake Hewea ke Pelabuhan Picton ini sesungguhnya mencabar stamina dan minda kami. Dengan strategi yang dirancangan oleh marshall Universe Heritage, kami mengatur jadual pemanduan supaya dapat tiba di Pelabuhan Picton mengikut jadual yang ditetapkan.

Singgah seketika minum kopi dalam perjalanan menuju Picton
Perjalanan yang agak memenatkan ini terpaksa diteruskan setelah berlaku penutupan laluan ke sebelah barat Pulau Selatan akibat kejadian tanah runtuh. Kami juga tidak mahu terlepas jadual perjalanan feri kerana ini akan menjejaskan jadual perjalanan kami di Pulau Utara nanti. Syukur Alhamdulillah, semua peserta konvoi telah berjaya sampai ke Pelabuhan Picton jam 5 petang sebelum menaiki feri jam 7 malam.