Program 8 Hari Kembara Muslim New Zealand (Utara-Selatan)

HARI PERTAMA
Peserta dijangka tiba di lapangan terbang antarabangsa Auckland pada awal pagi. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 10 jam setengah. Peserta akan berehat di lapangan terbang sementara menunggu waktu pagi.


Lapangan Terbang Antarabangsa Auckland

Lebih kurang jam 9 pagi, peserta akan menaiki motor home masing-masing yang disediakan oleh pihak kami. Setiap motor home akan disediakan seorang wakil khas pihak kami yang akan bertindak sebagai pemandu dan pembantu peserta sepanjang percutian ini bagi menjamin keselamatan, keselesaan dan memudahkan komunikasi.




Fasiliti kenderaan yang akan digunakan sepanjang percutian di NZ.



Seterusnya, peserta akan dibawa ke pasaraya PARKnSAVE untuk membeli barangan keperluan bagi perjalanan selama 8 hari. Peserta boleh membeli barangan keperluan sendiri di sini. 



Sekiranya perjalanan bermula pada hari Sabtu, peserta akan dibawa ke pasar tani Parnell untuk membeli sayur-sayuran dan buah-buahan. 


Gerai buah strawberi di Parnell Market

Suasana di Parnell Market

Bekalan daging, ayam dan barangan basah halal akan di beli di kedai Kwality Halal Meat dan kedai disekitarnya.

Membeli daging dan ayam di Kwality Halal Meat

Untuk makan tengahari, peserta akan dibawa ke restoran Ayutthaya yang terletak di bandar Auckland.

Selesai makan tengahari, perjalanan akan diteruskan dari Auckland City ke Hamilton, di daerah Waikato sejauh lebih kurang 130km mengambil masa lebih kurang 1 jam setengah. Setibanya di camping site yang terletak di Hamilton, peserta akan berehat dan bermalam di dalam motor home masing-masing sambil menikmati makan malam yang pihak kami sediakan.

Suasana makan malam di dalam motor home

Hari-2

Selepas sarapan pagi (disediakan), peserta akan dibawa menuju ke daerah Waitomo untuk melawat satu-satunya gua seumpama ini yang wujud di dunia. Anda pasti akan takjub dengan ciptaan Allah SWT apabila melihat sendiri keajaiban gua ini terutamanya makluk yang menjadi penghuni gua ini. Perjalanan dari Hamilton ke Waitomo sejauh 73km mengambil masa selama lebih kurang 1 jam. 



Waitamo Cave dan suasana di dalamnya

Waitomo adalah sebuah perkampungan dengan populasi yang kecil iaitu dalam lingkungan 9,700 penduduk. Perkampungan ini dianggap syurga sebenar New Zealand. Waitomo adalah perkataan Maori dimana “Wai” bermaksud air dan “Tomo” bermaksud pintu atau lubang. Perkataan ini boleh diertikan sebagai “aliran yang mengalir ke dalam lubang dari dasar bumi”

Disinilah terletaknya satu-satunya formasi batu kapur dan sistem gua istimewa dimiliki dunia yang menjadi tumpuan pelancong. Gua gelap ini dihuni oleh beribu-ribu larva yang mengeluarkan cahaya biru. Apabila berada didalam gua ini dan memandang kepada siling gua, pengunjung pasti terpukau dengan butir-butir cahaya biru seolah-olah berada di angkasa lepas yang dikelilingi oleh bintang-bintang.

Lebih menarik anda akan dibawa menyusuri sungai didalam gua ini dengan menaiki bot yang dikendali oleh manusia dalam keadaan sunyi sepi. Keajaiban ini hanya boleh dirasai dengan mengujungi Gua Waitomo Glowworm di New Zealand. 


Selepas melawat gua Waitomo, peserta akan menikmati makan tengahari di Te Kuiti sebelum menuju ke ibu negara New Zealand iaitu Wellington..


Setibanya di Wellington, peserta akan dibawa ke camping site Aotea untuk bermalam di dalam motor home masing-masing sementara menunggu waktu menaiki feri menuju ke pulau selatan New Zealand. Peserta akan disajikan makan malam di sini.





Hari ke-3


Selesai sarapan (disediakan), peserta akan dibawa menaiki feri menuju ke pulau selatan. Perjalanan menaiki feri dari Wellington ke Piction ini mengambil masa lebih kurang 3 jam dan anda pasti tidak jemu disepanjang perjalanan ini kerana pelbagai keseronokan bole didapati di atas feri seperti menonton wayang, menikmati kopi dan snek di cafe feri dan bersantai di dek feri sambil menikmati keindahan Selat Cook. Jika anda bernasib baik, anda dapat melihat ikan dolphin. Bagi peserta yang membawa kanak-kanak, taman permainan dan pusat permainan video boleh menjadi pilihan. 





Feri InterIslander

Setibanya di Picton, peserta akan dibawa menuju ke The Buller Gorge Swing Bridge yang terletak di Murchison. Sepanjang perjalanan ini, anda akan melalui ladang anggur di sepanjang Blenheim. Makan tengahari akan disediakan di Tasik Nelson.
Pemandangan ladang anggur di Blenheim


Pemandangan indah di Tasik Nelson

Setibanya di Swing Bridge, peserta berpeluang meniti jambatan gantung terpanjang di New Zealand dan menyusuri hutan semulajadi New Zealand.





Meniti Swing Bridge

Supaman

Double Comet

Hutan semulajadi

Setelah selasai bergembira di sini, peserta akan meneruskan perjalanan ke Punakaiki dan bermalam di dalam motor home di camping site. Makan malam akan disediakan kepada peserta.

Hari ke-4


Selepas sarapan (disediakan), peserta akan dibawa ke satu lagi kawasan tumpuan pelancong iaitu Pancake Rock. Lihatlah sendiri kejadian alam semulajadi yang berusia jutaan tahun dalam membentuk batuan Pancake. Kejadian ini anda hanya dapat saksikan di New Zealand sahaja.




Keindahan pemandangan Pancake Rock di Punakaiki

Selain itu, satu lagi keajaiban yang terdapat di Punakaiki ialah kewujudan 'Blow Holes', iaitu suatu misteri alam yang tidak harus dilepaskan oleh setiap pengunjung yang berkunjung ke Punakaiki. Peserta akan merasakan sendiri fenomena bunyi yang terjadi secara semulajadi apabila angin kencang melalui celahan batuan di tepi pantai. Inilah satu-satunya fenomena bunyi seumpamanya yang wujud dan tidak terdapat di mana-mana negara kecuali di New Zealand!

Blowholes

Perjalanan diteruskan menuju ke Shanty Town, sebuah bandar lama atau bandar 'koboi', yang terletak lebih kurang 10km dari Greymouth. 







Rasakan pengalaman menaiki keretapi stim yang pernah digunakan pada abad ke-19. 


Keretapi Stim yang digunakan pada abad ke-19

Bersama pemandu keretapi stim

Alamilah suasana pengalaman berada di kilang papan gaya 'koboi' dan merasai suasana kantin mereka. 


Selain itu, peserta juga berpeluang mendulang emas sendiri dengan dibantu oleh pekerja tempatan, untuk mencari emas dan anda boleh membawa pulang hasil dulangan emas anda. Semua itu boleh didapati dengan bayaran serendah NZD 7 sahaja!

Mendulang emas di Shanty Town

Setelah melihat bandar 'koboi' Shanty Town, peserta akan meneruskan perjalanan ke destinasi penginapan seterusnya, iaitu Christchurch dan akan melalui Arthur's Pass, dimana peserta akan dapat menikmati pemandangan yang sangat indah termasuk gunung ganang yang diliputi salji. Perjalanan yang agak jauh ini dijangka akan memenatkan kerana jalan yang bengkang bengkok dan mendaki gunung.


Gunung yang diliputi salji menerima pancaran matahari

Pemandangan di waktu malam

Peserta akan menginap di South-North motor home camping ground, Christchurch. Makan malan disediakan.


Hari ke-5

Seperti biasa, selepas bersarapan, peserta akan dibawa bersiar-siar dan membeli-belah di bandar Christchurch. Antara tarikan menarik membeli belah di sini ialah membeli baju Canterbury, suatu jenama yang gah dan terkenal diseluruh dunia. 

Suasana tenang bandar Christchurch

Selesai membeli belah, peserta akan dibawa melawat Williowbank Wildlife Reserve untuk melihat pelbagai jenis haiwan yang berasal dari New Zealand seperti burung kiwi dan melihat budaya masyarakat Moari.

Willowbank Wildlife Reserve

Dari Christchurh, konvoi kan menuju ke Kaikora bagi destinasi bermalam seterusnya. Jangan lepaskan peluang menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan ini seperti ladang biri-biri yang luas serta berlatarbelakangkan gunung yg dilitupi salji. Peserta juga berpeluang melihat anjing laut di sepanjang persisiran pantai Kaikora.


Pemandangan landang ternakan biri-biri

Kaikoura

Lokasi melihat anjing laut di Kaikoura






Pemandangan Menarik Sepanjang Perjalanan ke Kaikoura

Hari ke-6

Perjalanan konvoi diteruskan setelah peserta bersarapan pagi. Kali ini, konvoi akan menuju ke bandar Picton, bandar pelabuhan yang menghubungkan pulau utara dan pulau selatan melalui  pengangkutan feri Interislander. Peserta akan meninggalkan pulau selatan menuju ke pulau utara untuk meneruskan pernjelajahan mengikut laluan baru.




Bandar Pelabuhan Picton

Cafe yang terdapat di dalam feri Interislander

Pelayaran feri mengambil masa lebih kurang 3 jam. Setibanya di Wellington (pulau utara), konvoi akan bergerak menuju ke destinasi penginapan seterusnya iaitu di Masterton sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya pada keesokan hari.

Hari ke-7

Seperti biasa, konvoi akan bergerak selepas sarapan pagi menuju ke satu lagi tempat menarik di New Zealand iaitu Tasik Taupo, sebuah tasik yang terhasil dari fenomane gempa bumi. 


Pemandangan di Tasik Taupo

Dari Tasil Taupo, peserta akan dibawa ke Orakie Korako, tempat yang terkenal dengan pengambaran kisah Lord Of The Ring. Selain itu, thermal walk, iaitu laluan yang mengeluarkan bahang dari gunung berapi yang separa aktif, menjadi tarikan utama di kawasan ini. 






 Themal Walk

Konvoi akan meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya iaitu Coromandel untuk menginap di sini. Perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 3 jam akan melalui kawasan ***

Hari ke-8











"Saya telah mengunjungi hampir kesemua negara di dunia, New Zealand adalah negara yang paling cantik. Terima kasih kepada Universe Heritage yang cemerlang dalam menguruskan percutian saya. Mereka berjaya membawa saya menjelajah kedua-dua pulau New Zealand" - Nazrin Aizat (Atlit Memanah Negara)

"Memandangkan saya adalah seorang penjawat awam yang bergaji sederhana, saya sangat risau sekiranya terdapat kos yang tersembunyi setelah pembayaran dilakukan untuk ke New Zealand.  Saya tabik Universe Heritage berkaitan pengurusan tiket kapal terbang, feri, sewa motor home, petrol, camping site, tiket masuk setiap tempat  dan makanan. Bila dah bayar, semuanya all in, tiada kos tersembunyi. Saya hanya perlu keluarkan kos beli cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia sahaja" - Baidhil Aimie Bin Mustapha (Pegawai Kanan Kerajaan).

"Walaupun makanan yang disediakan adalah sederhana, ianya adalah halal dan mengenyangkan. Yang penting saya rasa sangat selamat sepanjang percutian saya bersama pengurusan Universe Heritage. Ejen yang mengiringi kami sentiasa bersama setiap masa" - Ahmad Mustakim Bin Che Aziz (Pegawai Kanan Kerajaan).