Trip 2013 - Last Day, Day 8 (Huntly-Auckland)

Hari terakhir kami di New Zealand, peserta konvoi dibawa melawat ke tempat-tempat menarik disekitar bandar Auckland antaranya One Tree Hill. Lokasi ini merupakan sebuah bukit hasil gunung berapi yang menjadi mercu tanda kepada penyatuan puak Moari dan puak penjajah British. Dari atas bukit ini juga, pemandangan indah bandar Auckland dapat dilihat dengan jelas.

Mercu tanda One Tree Hill

Pemandangan indah sekitar One Three Hill

Seterusnya peserta konvoi menuju ke Queen Street di dalam bandar Auckland, satu lokasi yang banyak menjual barangan cenderahati untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Suasana di Queen Street, Auckland
Selesai membeli belah, sebahagian peserta konvoi yang menaiki penerbangan Emirates, mual bergerak ke lapangan terbang antarabangsa Auckland bagi penerbangan jam 5 petang. Bagi peserta yang menaiki penerbangan Malaysia Airlines pada jam 9 malam, mereka sempat dibawa ke Masjid E-Umar untuk menziarahi masjid dan komuniti muslim yang terdapat di sana. 


Masjid E-Umar


Selesai solat di masjid E-Umar, kami terus bergerak ke lapangan terbang antarabangsa Auckland untuk proses pemulangan motorhome dan urusan dokumentasi yang lain. Percutian 7 hari di New Zealand ini memberikan kami pengalaman yang cukup indah dan mengasyikkan. 

No comments:

Post a Comment