Tentang Kami


 



Universe Heritage merupakan sebuah pasukan yang menguruskan percutian dengan memberi tumpuan kepada destinasi warisan dunia dan keindahan alam semesta. Ditubuhkan pada tahun 2010 dan didaftarkan secara rasmi pada tahun 2012. 

Universe Heritage terpanggil untuk membantu ahli yang ingin melancong dengan kos yang munasabah tanpa ada kos yang tersembunyi. Universe Heritage telah menemui formula dan cara bagi membantu ahli yang ingin melancong dan mengenali destinasi warisan dunia dan keindahan alam semesta pada harga yang munasabah, perjalanan yang selamat dan makanan yang dijamin halal.

Destinasi pilihan utama Universe Heritage adalah New Zealand yang merangkumi Pulau Utara (Auckland) dan Pulau Selatan (Christchurch).


MOU antara Sahabat Konvoi dan Universe Heritage
Universe Heritage telah memeterai perjanjian dengan Sahabat Konvoi Travel & Tours Sdn. Bhd. untuk memasarkan pakej percutian ke New Zealand dan Universe Heritage bertindak sebagai ground crew kepada pelancong yang menyertai pakej percutian ini. Universe Heritage kini bernaung dibawah Sahabat Konvoi bagi memantapkan lagi operasi khidmat nasihat percutian ke New Zealand. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Sahabat Konvoi Travel & Tours Sdn. Bhd. dialamat berikut:

Sahabat Konvoi Travel & Tours Sdn. Bhd.(929868-W)
C-2-15, Block Centrio Pantai Hillpark,
Jalan Pantai Murni,
59200 Kuala Lumpur. 

tel: 03-2241 9536
email: khairulnor.ayub@sahabatkonvoi.com   

Pada 10 Januari 2014 baru-baru ini, Universe Heritage telah menandatangani perjanjian dan melantik wakil tetap 'ground' Universe Heritage di New Zealand. Peserta pengembaraan tidak lagi perlu risau kerana Universe Heritage telah menyediakan seorang wakil yang akan sentiasa berada di New Zealand. Wakil kami, Encik Suhaimi Mohamad yang bermastautin di Auckland, New Zealand akan menguruskan percutian anda di New Zealand bersama-sama Universe Heritage. 

MOU antara UH dan En Suhaimi, wakil kami di NZ.