Soalan Lazim

1. Adakah Universe Heritage menyediakan pemandu dalam pakej ground ini? 

Ya. Pakej termasuk dengan pemandu dan kos petrol/diesel.

2. Bolehkah sekiranya kami ingin mengembara dengan kumpulan kami sendiri dalam satu motor home atau kenderaan lain tanpa bercampur dengan kumpulan lain? 

Boleh! Kumpulan anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya 4 orang. Sekiranya kurang dari 4 orang, kos selebihnya perlu ditanggung oleh setiap ahli kumpulan anda. Anda juga perlu memandu sendiri kenderaan yang disediakan.

3. Bagaimanakah saya nak sertai percutian ini tanpa ahli kumpulan (solo)?

Tak jadi masalah. Kami akan gabungkan anda bersama peserta lain. Sesuai bagi mereka yang ingin mengembara sambil mencari kenalan baru.

4. Sekiranya kami mengembara dalam kumpulan sendiri (self drive), bagaimana kami boleh mengikut jadual perjalanan dan laluan yang ditetapkan oleh Universe Heritage?

Tidak perlu risau. Kaedah perjalanan adalah secara konvoi dimana Pasukan Universe Heritage akan bertindak sebagai Marshal di sepanjang perjalanan. Itenari lengkap bersama GPS juga akan dibekalkan bagi memastikan peserta self drive tidak sesat.

5. Sekiranya kami ingin mendapatkan perkhidmatan ground sahaja, apakah tindakan seterusnya?

Universe Heritage memang hanya menyediakan ground arrangement sahaja. Bagi trip yang mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Universe Heritage, anda boleh membeli tiket dari mana-mana syarikat penerbangan asalkan tiba pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan. Walaubagaimanapun, anda dinasihatkan membeli tiket penerbangan dari Sahabat Konvoi Travel & Tours Sdn. Bhd. supaya tiada kesilapan berlaku. Sahabat Konvoi Travel & Tours Sdn. Bhd. boleh dihubungi melalui talian 012-6205004 (Puan Khairulnor Binti Ayub).

Manakala bagi trip yang tidak mengikut tarikh yang ditetapkan, anda perlu menghubungi Universe Heritage di talian 019-6680575 (Haji Kamarul Hisyam) bagi khidmat perundingan.

6. Adakah makanan dan minuman halal disediakan sepanjang percutian?

Jangan risau, Universe Heritage akan menyediakan 3 kali sehari makanan dan minuman halal (sarapan, makan tengahari dan makan malam) sepanjang percutian anda. 

7. Bagaimana dengan insurans perjalanan?

Universe Heritage hanya membekalkan insuran kenderaan sahaja. Insurans perjalanan perlu diuruskan sendiri oleh peserta. Setiap peserta wajib memiliki insurans perjalanan ini. Bagi memudahkan anda, Universe Heritage menyarankan anda membeli insuran dari Sahabat Konvoi Travel & Tours Sdn. Bhd.

8. Bagaimana untuk mendapatkan khidmat perundingan dan kos yang bakal terlibat?

Sila email kepada universeheritage@gmail.com


No comments:

Post a Comment